Isnin, 23 Februari 2015

Contoh-Contoh Perlakuan Selamat Dan Perlakuan Berisiko Ketika Di Jalan Raya

SEBAB-SEBAB BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA


Kemalangan ialah kejadian buruk yang berlaku tanpa diduga dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Kemalangan di jalan raya kerap berlaku di negara ini terutama dalam keadaan jalan raya sesak dengan kenderaan. Kemalangan melibatkan semua pengguna jalan raya. Kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan ringan, kecederaan parah dan kematian. Banyak sebab berlakunya kemalangan ini.

Punca kemalangan yang pertama ialah sikap negatif pengguna jalan raya seperti suka memandu dengan laju.Kereta yang dipandu terlalu laju sukar dikawal dan diberhentikan jika terdapat halangan di hadapan. Kenderaan yang dipandu laju biasanya akan terbabas melanggar tiang lampu jalan atau jatuh ke dalam longkang.

Selain itu, terdapat juga beberapa perbuatan pemandu yang boleh menyebabkan kemalangan seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Penggunaan telefon bimbit menyebabkan seseorang pemandu hilang tumpuan dan perhatian. Mereka juga tidak dapat mengendalikan kenderaan mereka dengan baik kerana menggunakan sebelah tangan saja.

Di samping itu, terdapat juga kes kemalangan disebabkan oleh pemandu kenderaan yang mabuk atau berada dalam keadaan khayal kerana pengambilan arak atau dadah. Pemandu yang tidak akan dapat berfikir dengan waras tidak akan dapat mengawal pergerakan tangan dan kaki mereka dengan baik.

Faktor fizikal jalan raya juga menjadi punca kemalangan. Jalan raya yang bengkang-bengkok, terlalu sempit, bersimpang-siur dan berlubang-lubang akan mengganggu kelancaran pemanduan. Keadaan ini lebih berbahaya jika jalan raya tidak dilengkapi lampu jalan.Keadaan gelap-gelita ini akan menyukarkan pemandu mengawal kenderaannya.

Seterusnya terdapat juga kemalangan disebabkan oleh sikap cuai pengguna jalan raya seperti pejalan kaki yang tidak memerhati keadaan lalu lintas sebelum melintas jalan raya atau tidak menggunakan jejantas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Tidak kurang juga kanak-kanak yang bermain-main seperti bertolak-tolakan semasa di jalan raya.

Kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Faktor sikap dan kelemahan manusia adalah yang paling kerap menjadi punca kemalangan. Oleh itu, untuk mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya, manusia haruslah terlebih dahulu mengubah sikap mereka.

Punca-punca dan cara mengatasi kemalangan jalan raya


1)kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu.
~juga menggunakan lesen memandu yang palsu.
~apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu ~tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan.
~apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan
~seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.

2)berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri.
~Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk
~Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu
~mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan.
~Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka.
~pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

3)berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk
~mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk.
~mereka memandu dalam keadaan berkhayal.
~Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan
~juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk

PERLAKUAN BERISIKO DI JALAN RAYA

 



Risiko
Risiko adalah bahayaakibat atau konsekuensi yang dapat terjadi akibat sebuah proses yang sedang berlangsung atau kejadian yang akan datang. Dalam bidang asuransirisiko dapat diartikan sebagai suatu keadaan ketidakpastian, di mana jika terjadi suatu keadaan yang tidak dikehendaki dapat menimbulkan suatu kerugian.
                              
Perlakuan berisiko di jalan raya
  • kecuaian memandu seperti tekanan jiwa,memandu sambil buat kerja lain atau kemabukan
  • memandu secara terburu-buru
  • keganasan jalan raya
Faktor-faktor risiko
  • kenderaan yang tidak selamat seperti keadaan brek ,bateri dan lampu dalam keadaan rosak
  • tidak mengganti tayar yang haus
Contoh-contoh perlakuan selamat 
  • menggunakan kemudahan melintas ketika melintas jalan
  • memakai topi keledar semasa menunggang motosikal
  • memakai tali pinggang keledar
  • mematuhi peraturan had laju
Contoh contoh perlakuan berisiko

  • tidak menggunakan kemudahan melintas
  • menunggang motosikal tanpa lesen
  • tidak memakai topi keledar
  • menggunakan telefon bimbit semasa melintas

Akibat yang mungkin terjadi disebabkan perlakuan berisiko

  • meragut nyawa diri dan orang lain.
  •  bercedera parah.
  • terlanggar tiang ketika berjalan sambil membaca buku.
  •  hilang daya ingatan.
  • koma akibat gegaran otak semasa nahas 

Persekitaran jalan raya yang meletakkan mereka dalam situasi risiko

  • keadaan raya yang sempit.bengkang bengkok
  • jalan yang berlubang 
  • tiba-tiba binatang melintas di hadapan
  • lebuh raya yang ketiadaan tempat rehat dan lampu jalan
  • papan tanda yang rosak
  • struktur jalan raya dan halangan-halangan yang ada
  • lampu isyarat rosak

KEMALANGAN JALAN RAYA



KEMALANGAN JALAN RAYA
• Jalan raya merupakan alat perhubungan terpenting untuk membangunkan pelbagai kegiatan manusia.
• Kelancaran sektor-sektor lain untuk menjalankan urus niaga bergantung pada kemudahan rangkaian jalan raya di negara ini.
• Kewujudan jalan raya yang moden dan selesa telah menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya yang terburu-buru dan mementingkan diri sendiri.
• Kemalangan jalan raya sering melibatkan pengguna kenderaan dan pejalan kaki.

PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA
1. Memandu dalam keadaan mabuk dan khayal. Terdapat sesetengah pemandu yang mengambil ubat yang menyebabkan hilang tumpuan semasa memandu. Hal yang demikian menyebabkan kenderaan yang dipandu tidak dapat dikawal dengan baik, terbabas, ataupun melanggar pengguna jalan raya yang lain.

2. Kecuaian yang berlaku di jalan raya menyebabkan kemalangan. Pemandu sering cuai semasa memandu oleh keletihan atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Keadaan kenderaan yang serba kekurangan dan tidak diselenggara secara berkala dapat menyebabkan kemalangan.

3. Kesesakan lalu lintas. Apabila musim perayaan, jumlah kenderaan di jalan raya meningkat. Keadaan jalan raya yang sesak akan meningkatkan kadar kemalangan akibat sikap sesetengah pengguna jalan raya yang tidak mampu bersabar dengan keadaan kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan.

4. Keadaan jalan raya yang membahayakan. Terdapat jalan raya yang berlubang-lubang, tidak berlampu, selekoh tajam, sempit dan jalan raya yang bengkang-bengkok amat menyukarkan pengguna jalan raya.

5. Sikap sesetengah sekolah pemandu yang tidak bertanggungjawab. Tenaga pengajar di sekolah memandu hanya mengajar pelajarnya untuk lulus ujian. Pelajar sekolah memandu tidak diajar kemahiran memandu secara berhemah dan cekap mengikut keadaan semasa. Mereka hanya mementingkan bayaran.

6. Sikap pemandu yang tidak berhemah di jalan raya. Sesetengah pengguna jalan raya sengaja mengubahsuai kenderaan agar kelihatan hebat dan menarik perhatian orang lain. Sikap suka berlumba dan tidak boleh bersabar menyebabkan wujud samseng jalan raya.

7. Memandu laju untuk mengejar masa sering mengakibatkan kemalangan. Pengguna jalan raya begini tidak pandai mengatur perjalanan agar sampai ke destinasi yang dituju dalam masa yang ditetapkan. Mereka sering terburu-buru mengejar masa.

8. Keadaan cuaca yang panas dan lembap. Keadaan hari hujan dan angin kuat menganggu tumpuan dan jarak penglihatan. Keadaan cuaca panas akan menganggu emosi pengguna jalan raya dan penglihatan.

KESAN-KESAN KEMALANGAN JALAN RAYA

1. Kematian dan kehilangan nyawa. Negara kerugian tenaga kerja penting sekiranya mereka yang terlibat itu mempunyai ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh negara. Keluarga akan kehilangan ahli keluarga yang tersayang yang mungkin ketua keluarga mereka.

2. Kecacatan anggota. Mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya akan mengalami kecacatan sementara atau kekal. Pastinya menyukarkan diri dan ahli keluarga. Mereka akan kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Masa depan keluarga dan diri menjadi tidak menentu.

3. Kemalangan akan merosakkan harta benda dan harta kerajaan. Kemalangan akan menyebabkan kenderaan terbabit rosak dan perlu dibaiki, Keadaan jalan raya juga turut rosak dan menyusahkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

4. Keluarga turut menanggung beban menjaga dan mengurus hal-hal tuntutan insurans dan berbincang dengan pihak yang terlibat. Ibu bapa terpaksa menanggung kos rawatan anak dan pembayaran ganti rugi.

5. Imej negara terjejas. Nama baik negara turut buruk kerana kadar kemalangan jalan raya yang tinggi mencerminkan sikap rakyat yang tidak berhemah dan tidak bertamadun di jalan raya.

6. Kerajaan mengeluarkan kos. Kerajaan juga terpaksa berbelanja lebih untuk mengurus dan menyelenggara sistem jalan raya. Kempen secara besar-besaran terpaksa diadakan untuk mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati di jalan raya.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA

1. Jabatan Kerja Raya menerusi Kementerian Kerja Raya wajar mengenal pasti keadaan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan. Kemudahan jalan raya diperbanyak seperti jejantas, lampu isyarat, melebar jalan raya dan memasang lampu di tempat-tempat yang perlu.

2. Kurikulum sekolah-sekolah memandu perlu dipertingkat dan dipantau ketat oleh kerajaan, terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ). Kecekapan memandu wajar diuji dengan sebaik-baiknya agar pengguna kenderaan dapat mengawal kenderaan dengan baik.

3. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat oleh pihak polis dan JPJ. Rondaan dan sekatan jalan raya serta pemantauan yang kerap patut dijalankan setiap hari agar pengguna jalan raya dapat mendisiplinkan diri. Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) patut diperluas agar dapat mengesan pemandu yang melebihi had laju.

4. Anjakan pemikiran pengguna jalan raya itu sendiri. Pengguna jalan raya perlu sedar akan keselamatan mereka ketika berada di jalan raya. Mereka perlu berhati-hati sekiranya ingin sampai ke destinasi dengan selamat. Jika semua pengguna jalan raya mempunyai sikap dan pemikiran yang sama, kemalangan jalan raya pasti dihindari.

5. Kerajaan wajar mengetatkan hukuman terhadap pesalah jalan raya. Kadar denda yang sewajarnya diharapkan dapat menginsafkan pengguna jalan raya. Hukuman lesen digantung dan penjara untuk kesalahan kemalangan maut wajar dilaksanakan. Hukuman sebatan pula wajar dilaksanakan.

6. Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kerajaan sendiri perlu memperbanyak kempen keselamatan jalan raya yang boleh dilaksanakan menerusi pelbagai media yang ada di negara ini.

MASALAH KESESAKAN JALAN RAYA

1. Amalan kongsi kereta. Mengurangkan bilangan kenderaan yang memasuki pusat-pusat bandar khususnya pada waktu sibuk, bilangan dapat dikurangkan kira-kira tiga kali ganda. Mengatasi masalah kurang persefahaman waktu perjalanan dan kesesuaian destinasi tempat kerja.

2. Langkah kerajaan menyekat pertambahan bilangan kereta. Pemilikan kenderaan sendiri di sekat. Harga kenderaan dipertingkatkan. Kenderaan lama dilupuskan.

3. Memperbaiki kemudahan pengangkutan awam. Perkhidmatan bas awam dan teksi diperbaiki dari segi kos, kekerapan serta kecekapan. Orang ramai lebih suka menaiki kenderaan awam daripada memandu kereta yang melibatkan perbelanjaan yang besar.

4. Memperkenalkan sistem MRT di samping LRT. Sistem pengangkutan moden boleh membawa penumpang dalam jumlah yang maksimum. Kos atau tambang haruslah bertepatan atau lebih mudah untuk menarik minat para penumpang daripada memandu kereta sendiri.

5. Wujudkan kaedah “Area Licensing Scheme” yang memperuntukkan waktu-waktu tertentu bagi kenderaan persendirian untuk memasuki pusat-pusat bandar. Mengenakan bayaran tinggi bagi kenderaan yang memasuki zon yang sibuk dan sebagainya.

6. Perancangan terhadap infrastruktur di kawasan bandar haruslah lebih teratur.Tempat kediaman, bangunan dan kompleks perniagaan, jalan raya di baiki dan dilebarkan, sistem trafik yang dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Faktor-faktor penyebab kemalangan jalan raya


Lihat jadual di bawah ini dengan teliti. Huraikan faktor-faktor penyebab kemalangan jalan raya dengan berdasarkan data yang terdapat dalam jadual tersebut. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Faktor-faktor Penyebab Kemalangan Jalan Raya di Malaysia
 dengan berdasarkan 533 Kajian Kes.
Faktor Manusia
Jumlah Kemalangan
Peratus (%)
Memandu laju
17
3.38
Kecuaian
301
59.96
Khayal
4
0.79
Terbabas
44
8.7
Dilanggar kereta lain
116
23.11
Lumba haram
4
0.79
Letih/mengantuk
7
1.39
Brek secara mengejut
6
8.76
Langgar lampu merah
2
0.39
Guna telefon bimbit
1
0.19
Jumlah
502
94.18
Faktor Persekitaran
Jumlah Kemalangan
Peratus (%)
Hujan
11
2
Jalan licin
9
1.6
Tiada lampu jalan
2
0.3
Tiada had laju
1
0.1
Jalan berlubang
1
0.1
Jumlah
24
4.5
Faktor Mekanikal
Jumlah Kemalangan
Peratus (%)
Brek rosak
1
0.1
Lampu isyarat rosak
2
0.39
Tayar pancit
4
0.8
Jumlah
7
1.31
    (Sumber Kajian Kumpulan Penyelidik Kemalangan
          Dan Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia)
Dalam menelusuri era globalisasi, kemalangan jalan raya masih menjadi isu polemik bukan sahaja  di warung-warung kopi bahkan turut diperdebatkan di Dewan Parlimen.  Hal ini demikian kerana, kes-kes kemalangan jalan raya bukan sahaja melibatkan kerugian harta benda tetapi turut meragut nyawa. Kes-kes kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap kali musim perayaan atau cuti persekolahan kerana pada ini jumlah kenderaan di jalan raya meningkat beberapa kali ganda berbanding hari biasa. Peningkatan kes-kes kemalangan jalan raya telah menimbulkan kegusaran bukan sahaja dalam kalangan pengguna jalan raya tetapi juga pihak penguat kuasa. Sehubungan dengan itu, para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan kajian tentang isu nasional ini. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan kemalangan berlaku di Malaysia.   
  
            Faktor paling dominan ialah ialah faktor manusia. Sejumlah 94.18% atau 502 kes kemalangan disebabkan kecuaian, terbabas, dilanggar kenderaan lain dan memandu terlalu laju. Terdapat pengguna jalan raya yang tidak mahu mengubah sifat negatif semasa berada di jalan raya. Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat semakin tidak dipraktikkan. Pengguna-pengguna jalan raya tidak menghiraukan kesihatan fizikal mereka, keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan, tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan serta memandu secara tidak berhemah. Mereka memandu laju, sering berkhayal, membrek secara mengejut, melanggar lampu merah dan menggunakan telefon bimbit. Mereka bukan sahaja seolah-olah tidak sayang nyawa melayang tetapi tidak peduli penderitaan yang terpaksa ditanggung ahli keluarga. Lebih malang lagi jika kecuaian menyebabkan perlindungan insurans tidak diberikan. Bukan sahaja tiada pampasan kepada keluarga yang tinggal malah kematian mereka ibarat mati katak sahaja. Semua pengguna jalan raya menyedari bahawa malang tidak berbau. Ironinya, mereka tidak pula tidak mengamalkan slogan Berhati-hati di Jalan Raya, Ingatlah Orang Yang Tersayang. Jelaslah, kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang tidak mahu mengubah sifat negatif dalam diri mereka.
                                                                                         
         Faktor mekanikal turut menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Walaupun hanya menyebabkan 1.3% kes kemalangan namun faktor ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Hal ini demikian kerana, kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan brek, tayar pancit atau lampu isyarat tidak berfungsi sebenarnya boleh dielakkan. Pemilik kenderaan tidak mempunyai rasa tanggungjawap untuk memastikan bahawa kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan, khususnya ke destinasi yang jauh. Tidak dinafikan ada yang mengambil mudah hal-hal sebegini tetapi ada juga alpa kerana kempen-kempen kesedaran yang disiarkan di corong-corong radio dan di dada-dada akhbar tidak berkesan. Kempen-kempen kesedaran oleh pihak media massa yang tidak disiarkan pada waktu perdana sehingga menyebabkan ramai yang tidak menyedarinya. Selain itu, kempen-kempen kesedaran tentang hal ini juga tidak melibatkan ikon terkemuka seperti tokoh motivasi tersohor tanah air seperti datuk Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah dan penceramah bebas Ustaz Azahar Idrus. Ketiadaan tokoh-tokoh yang berwibawa seakan-akan menjadikan kempen-kempen kesedaran kurang menarik kerana ikon seperti mereka mempunyai pengaruh yang besar dan kata-kata mereka akan didengar oleh ribuan peminat. Kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan memastikan kenderaan sentiasa dalam keaadaan selamat juga disiarkan secara bermusim dan tidak berterusan. Pihak PUSPAKOM pula tidak menjalankan program atau kempen kesedaran yang benar-benar menarik untuk menggalakkan pemilik kenderaan melakukan pemeriksaan berkala. Di samping itu, mungkin juga usaha-usaha yang dijalankan untuk memberikan kesedaran ini bersifat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini menyebabkan pemilik-pemilik kenderaaan memandang enteng akan hal ini sedangkan kita tidak mahu sudah terantuk baru tengadah. Apabila nasi sudah menjadi bubur, penyesalan tidak berguna lagi. Jelaslah, faktor kenderaan juga merupakan penyebab kemalangan jalan raya.
                                                                                                              
 Faktor persekitaran pula ialah jalan licin, jalan berlubang dan tiada lampu jalan. Faktor ini akan menyebabkan kemalangan biarpun pemandu berhati-hati dan kenderaan dalam keadaan baik kerana pesan orang tua-tua malang tidak berbau.Walaupun daripada 533 kes yang dikaji, hanya 24 kes kemalangan disebabkan faktor ini namun pemandu mesti berhati-hati kerana peribahasa ada menasihati kita agar sediakan payung sebelum hujan. Faktor persekitaran ini sangat berkait rapat dengan faktor alam. Apabila hujan lebat, kemalangan lebih mudah berlaku kerana jalan raya menjadi licin. Keaadaan menjadi semakin serius sekiranya pemandu tidak memandu secara berhemah dan jalan berliku-liku atau bercerun curam. Suasana berkabus dan ketiadaan lampu jalan akan menyebabkan pengguna jalan raya melanggar lubang  di atas jalan kerana jarak penglihatan terhad. Selain itu, kedudukan jalan raya yang berhampiran dengan hutan juga boleh menyebabkan kemalangan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes kemalangan yang berpunca daripada kegagalan pengguna jalan raya mengelak binatang liar seperti musang, monyet dan ular yang melintas jala secara tiba-tiba. Terdapat juga kemalangan yang disebabkan kegagalan pemandu menyedari kehadiran haiwan ternakan penduduk di kawasan berhampiran seperti lembu dan kambing. Di samping itu, kemalangan juga berpunca daripada sikap tidak bekerjasama pihak swasta untuk membantu kerajaan mengurangkan kes-kes kemalangan jalan raya. Pihak swasta seperti pengendali lebuh raya dan pihak pengiklanan tidak menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyediakan papan tanda tentang keadaan persekitaran di kawasan yang sering berlaku kemalangan untuk memberi amaran atau peringatan pengguna yang menggunakan laluan tersebut. Jelaslah, faktor persekitan turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya.                   

      Konklusinya, semua pihak mesti berganding bahu seperti aur dengan tebing dalam usaha mengelakkan kemalangan dan menjadikan jalan raya tempat yang selamat kerana jalan raya di Malaysia terkenal sebagai Pembunuh Nombor 1 Negara. Semua pihak janganlah hanya pandai menuding jari kea rah orang lain seperti yang terdapat dalam lagu rakyat "Bangau Oh Bangau" kerana sikap ini tidak menguntungkan sesiapa malah hanya membuang masa. Selain itu, kita juga mestilah melakukan anjakan paradigma dengan mengubah persepsi yang salah bahawa tanggungjawab menangani kemalangan jalan raya tergalas di bahu pihak kerajaan semata-mata. Sebaliknya, semua pihak mestilah saling membantu untuk menjayakan pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti kempen Sifar Kemalangan Jalan Raya. Hal ini demikian kerana, sebanyak manapun usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan tetapi jika anggota masyarakat tidak mahu bekerjasama menjayakannya sudah pasti semua usaha itu menjadi sia-sia. Hal ini bertepatan dengan analogi yang mengatakan bahawa, kita boleh memaksa lembu turun ke sungai tetapi kita tidak dapat memaksanya untuk minum air.Setiap pengguna jalan raya mestilah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk mengubah sikap-sikap negatif yang ada di dalam diri mereka dan bekerjasama menjayakan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana, firman Allah dalam Surah Ar Ra'd, Ayat: 11 ada menyebut “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri". Sehubungan dengan itu, slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat  perlulah menjadi panduan dan amalan semua rakyat Malaysia semasa berada di jalan raya.

Laksanakan undang-undang jalan raya dengan serius



Utusan:TANGGAL 26 Disember setiap tahun dipilih sebagai Hari Kesedaran Bencana Negara. Sungguhpun kita tidak mengalami bencana alam yang begitu hebat tetapi negara kita juga sering berdepan dengan beberapa kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, jerebu, ribut, kemarau dan tsunami.

Kita membuat pelbagai persiapan dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan berlaku bencana alam.

Malangnya kita masih gagal menangani bencana di atas jalan raya. Tarikh 26 Disember ini juga akan terus kita ingati kerana tragedi bas ekspres dua tingkat meragut 10 nyawa di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Ipoh. Kemalangan maut ini cukup tragis kerana ada di antara penumpang putus kepala serta beberapa anggota badan lain. Adakah tragedi itu satu lagi takdir? Jika demikian, adakah kita hanya berserah sahaja kepada Tuhan? Sedangkan kita dibenarkan untuk mengelak takdir itu daripada terjadi.

Entah kenapa, musim cuti sekolah tahun ini begitu banyak kemalangan maut terjadi. Semalam empat beranak terbunuh dengan tiga daripada mereka rentung dalam kemalangan ngeri di Tangkak, Johor. Hampir setiap hari kita membaca berita tentang hal ini.

Ada majlis pernikahan bertukar menjadi majlis tahlil, ada yang menunggu kepulangan orang tersayang tetapi menerima kepulangan jenayah.

Kita amat memahami perasaan pilu ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi kemalangan maut. Apa yang kita kesalkan, kenapa kemalangan maut masih melibatkan bas ekspres. Tidakkah tragedi masa-masa lalu menjadi panduan supaya pemandu bas lebih berhati-hati.

Bukan sedikit peringatan dan amaran keras dikeluarkan oleh pihak berkuasa tetapi nampaknya tidak berkesan.

Banyak cadangan dikemukakan oleh Kementerian Pengangkutan dan agensi keselamatan jalan raya di bawahnya serta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan untuk bertindak terhadap bas ekspres yang mengabaikan keselamatan penumpang.

Setakat ini kurang sangat kita mendengar tuduhan dan hukuman yang diterima oleh pemandu yang cuai dan syarikat bas ekspres terbabit. Kalau semua kes kemalangan maut senyap begitu sahaja dan mengambil masa yang begitu lama untuk diselesaikan maka ia tidak menakutkan kepada pemandu-pemandu bas ekspres.

Kita amat memahami bahawa bukan semua pemandu bas inginkan dirinya terlibat dalam kemalangan maut tetapi pengajaran dan hukuman berat patut diutamakan.

Seperti lazimnya, selepas ini kita akan mendengar pelbagai cadangan daripada menteri, pengarah jabatan tertentu dan orang ramai mengemukakan pandangan untuk menangani kejadian seumpama ini daripada berulang lagi.

Kita akan mengulangi cadangan yang hampir sama apabila berlaku kemalangan maut lagi. Begitulah sikap kita sebagaimana apa yang kita lakukan pada masa lalu. Segalanya cukup sukar untuk diubah.

Mungkin budaya masyarakat Malaysia yang tidak makan saman atau nasihat. Pendidikan dalam pematuhan dan cara pemanduan di jalan raya masih belum benar-benar dihayati apatah lagi pemandu kenderaan awam.

Begitu juga penguatkuasaan undang-undang. Kita mempunyai banyak peraturan tetapi kurang serius dalam pelaksanaannya. Apakah kekurangan kakitangan akan terus diguna sebagai alasan?

LANGKAH MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA

Pendahuluan:
- Kemalangan jalan raya saban tahun mencatatkan angka yang tinggi
- Terutamanya menjelang musim perayaan dan cuti umum
- Pelbagai faktor kemalangan – kecuaian pemandu, keadaan kereta serta persekitaran dan kelonggaran pelaksanaan undang-undang
- Pelbagai langkah mengurangkan kemalangan jalan raya


Isi 1 : penguatkuasaan undang-undang
- Memasang lebih banyak perangkap kelajuaan, terutamanya di lebuh raya
- Mengenakan denda yang tinggi kepada pemandu yang melanggar peraturan jalan raya
- Menarik atau menggantung lessen pemandu yang banyak melakukan kesalahan trafik
- Memenjarakan pesalah trafik yang enggan membayar saman
- Memberikan lessen kepada pemandu berumur 21 tahun – lebih matang


Isi 2 : pendidikan kesedaran jalan raya
- Dilakukan melalui Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya
- Mendidik anak-anak supaya menanamkan sikap berhemah semasa memandu
- Menghormati undang-undang dan hak pengguna jalan raya yang lain


Isi 3 : pembaikpulihan keadaan fizikal jalan raya
- Meletakkan lebih banyak lampu isyarat di simpang berbahaya
- Memasang lebih banyak lampu jalan terutamanya di tempat gelap
- Meletakkan papan tanda di tempat berbahaya seperti selekoh dan jalan berbukit
- Membaik pulih jalan raya yang rosak seperti berlubang dan tidak rata


Isi 4 : persiapan fizikal dan mental
- Tidak mengambil minum mabuk – menjejaskan fungsi saraf
- Tidur dan rehat yang cukup - tertidur
- Elakkan diri memandu ketika tertekan – memandu dalam keadaan berbahaya dan laju
- Mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kehilangan nyawa


Isi 5 : pemeriksaan rapi terhadap kenderaan sebelum memulakan perjalanan
- Memeriksa brek, lampu sisi boleh berfungsi dengan baik
- Memastikan tayar tidak haus dan angin yang mencukupi
- Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis –contohnya ganti minyak hitam


Isi 6 : pemanduan mengikut peraturan jalan raya
- Tidak memotong di garisan berkembar
- Mematuhi lampu isyarat
- Sentiasa menggunakan lampu sisi dan cermin sebelum membelok dan memasuki lorong lain
- Memandu mengikut had laju yang ditetapkan


Penutup:
- Semua pihak perlu memainkan peranan
- Biar lambat asalkan selamat – tidak perlu terburu-buru
- Kempen Ops Sikap tidak berguna selagi pengguna tidak mahu mematuhi peraturan jalan raya
- Pandu cermat, jiwa selamat – ingatlah orang yang tersayang

Cara-Cara Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya

          Isu-isu yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya kerap menjadi bahan perbincangan dalam media massa. Paparan kemalangan jalan raya di televisyen dan surat khabar jelas menunjukkan bahawa kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun. Pada pendapat saya, isu kemalangan jalan raya ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat kerana kemalangan jalan raya banyak mendatangkan masalah. Beberapa langkah patut diambil dengan segera untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

          Kemalangan jalan raya pasti dapat dikurangkan jika sikap pemandu dapat diubah. Justeru, semua pemandu kenderaan perlu mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Antara peraturan yang penting dan mesti dipatuhi ialah jangan memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Pemandu juga mesti bertolak ansur ketika berada di jalan raya dan berhati-hati ketika memandu dalam cuaca hujan.Selain itu, pemandu juga mesti memastikan kenderaan mereka dalam keadaan yang baik.

          Keluarga juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar memandu dengan cermat ketika di jalan raya. Pada masa yang sama, anak-anak juga boleh mengingatkan serta menasihati ibu bapa supaya mematuhi peraturan jalan raya pada setiap masa. Sikap saling menasihati ini pasti dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama pada musim perayaan.

          Selain itu, pihak media massa juga boleh memainkan peranan. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi sikap masyarakat memamng tidak dapat disangkal lagi. Sebagai contoh media massa seperti stesen televisyen boleh menyiarkan gambar kemalangan jalan raya yang telah berlaku sebagai peringatan kepada pemandu lain. Manakala surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kesan kemalangan jalan raya.

          Pihak penguatkuasa undang-undang jalan raya juga boleh memainkan peranan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang menggunakan jalan raya dan hanya membenarkan kenderaan yang baik sahaja beroperasi di jalan raya. Manakala pihak polis boleh membuat perangkap had laju di semua jalan raya dan menyaman kenderaan yang dipandu melebihi had laju yang ditetapkan. Pemandu yang mempunyai saman kesalahan jalan raya pula, tidak perlu dibenarkan memandu lagi di jalan raya.

          Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam mengurangkan kemalangan jalan raya. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa dalam menggubal undang-undang jalan raya yang baru. Pihak kerajaan juga mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan pelbagai program kesedaran tentang kemalangan jalan raya. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya melalui stesen televisyen dan radio yang dimiliki oleh kerajaan.

          Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pihak yang paling penting dalam menangani kemalangan jalan raya ialah pemandu kenderaan sendiri. Pada pendapat saya, kemalangan jalan raya pasti dapat dikurangkan jika semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing. Denagn kerjasama semua pihak, jalan raya di MAlaysia pasti dapat menjadi tempat yang selamat untuk semua pengguna jalan raya.

Pusingan “U” Di Jalanraya Bahaya!

Kebanyakan orang akan melaksanakan pusingan “U” kiranya sudah berjalan salah. Sebenarnya, sekiranya di tinjau kembali, tindakan ini amat merbahaya. Juga, ia melanggar peraturan Seksen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dendanya is RM300.

Kalau demikian, apakah tindakan sebenarnya dalam keadaan begini? Dalam artikal yang serba ringkas ini, saya akan cuba ketengahkan suatu cara memandu yang di ajarkan kepada saya oleh Allahyaham bapa yang merupakan seorang pemandu lori.
Cara Membuat Pusingan “U” Yang Lebih Selamat

Sekiranya dapati kita telah salah jalan, teruskan berjalan sehingga sampai ke suatu simpang tiga atau lorong (jalan kecil). Memandulah masuk ke jalan tersebut.

Berhenti, dan kemudian “undur” atau “gostan” hingga ke jalan besar, intai kedua-dua belah jalan tiada kenderaan yang datang, kemudian barulah undur masuk ke jalan besar, di ikuti dengan memandu ke arah hadapan dengan beberapa cepat yang boleh.

Nasihat tersebut di atas merupakan tunjuk ajar yang baik sekali dan sekirannya boleh, patut di amalkan kita sebagai pemandu. Ini langkah yang lebih selamat.

Kalau dalam usaha kita mencari sesuatu jalan kecil bercabang ke sebelah kiri, kita tidak berjaya pun, tidak mengapa. Cari pula lorong atau jalan kecil ke sebelah “kanan” jalan.

Tindakan masuk ke jalan atau lorong di laksanaakan. Seperti penjelasan awal di atas, “gostan” atau undur ke paras jalan besar, berhenti, intai bahawa tiada kenderaan yang datang dari kedua-dua tepi atau arah, di ikuti pula kemudian dengan berjalan ke hadapan.

Di harap tunjuk ajar yang saya utarakan di artikal pendek ini dapat membawa manfaat kepada anda semua!

Hara anda akan memandu dengan selamat.