Kebanyakan orang akan melaksanakan pusingan “U” kiranya sudah berjalan
salah. Sebenarnya, sekiranya di tinjau kembali, tindakan ini amat
merbahaya. Juga, ia melanggar peraturan Seksen 119 (2) Akta Pengangkutan
Jalan 1987. Dendanya is RM300.
Kalau demikian, apakah tindakan sebenarnya dalam keadaan begini? Dalam
artikal yang serba ringkas ini, saya akan cuba ketengahkan suatu cara
memandu yang di ajarkan kepada saya oleh Allahyaham bapa yang merupakan
seorang pemandu lori.
Cara Membuat Pusingan “U” Yang Lebih Selamat
Sekiranya dapati kita telah salah jalan, teruskan berjalan sehingga
sampai ke suatu simpang tiga atau lorong (jalan kecil). Memandulah masuk
ke jalan tersebut.
Berhenti, dan kemudian “undur” atau “gostan” hingga ke jalan besar,
intai kedua-dua belah jalan tiada kenderaan yang datang, kemudian
barulah undur masuk ke jalan besar, di ikuti dengan memandu ke arah
hadapan dengan beberapa cepat yang boleh.
Nasihat tersebut di atas merupakan tunjuk ajar yang baik sekali dan
sekirannya boleh, patut di amalkan kita sebagai pemandu. Ini langkah
yang lebih selamat.
Kalau dalam usaha kita mencari sesuatu jalan kecil bercabang ke sebelah
kiri, kita tidak berjaya pun, tidak mengapa. Cari pula lorong atau jalan
kecil ke sebelah “kanan” jalan.
Tindakan masuk ke jalan atau lorong di laksanaakan. Seperti penjelasan
awal di atas, “gostan” atau undur ke paras jalan besar, berhenti, intai
bahawa tiada kenderaan yang datang dari kedua-dua tepi atau arah, di
ikuti pula kemudian dengan berjalan ke hadapan.
Di harap tunjuk ajar yang saya utarakan di artikal pendek ini dapat membawa manfaat kepada anda semua!
Hara anda akan memandu dengan selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan